Testing 4
PPA CAS ONLINE: Hari Organisasi Pelajar UUM 2015 (HOPE DAY) mula berlangsung pada 14 Oktober 2015. Hari Organisasi Pelajar UUM 2015 (HOPE DAY) yang berjalan selama tiga hari ini telah diadakan di foyer School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) digabung dengan program Orientasi Pelajar Baharu di mana program tersebut dijalankan pada hari ke-3 berikutnya. Seramai 9 AJK program Hari Organisasi Pelajar UUM 2015 (HOPE DAY) dan Orientasi Pelajar Baharu telah dilantik di kalangan ahli Kelab Multimedia sendiri. Program ini anjuran dari Kelab Multimedia, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Kolej Sastera dan Sains, Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) CAS Universiti Utara Malaysia. Selain daripada AJK sebagai urus setia, program ini turut dibantu oleh AJK tertinggi Kelab Multimedia serta penasihat. HOPE DAY merupakan satu program yang memperkenalkan kelab-kelab di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik kepada pelajar baharu. HOPE DAY ini juga membolehkan setiap kelab mencari ahli baharu bagi kelab masing-masing. Kelab Multimedia juga akan turut serta mengambil bahagian dalam program tersebut. Manakala Orientasi Pelajar Baharu untuk menyambut kedatangan pelajar yang telah mendaftar sebagai ahli Kelab Multimedia. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari dan menambah ahli kelab Multimedia bagi sesi 1 2015/2016 dan juga untuk memperkenalkan Kelab Multimedia kepada pelajar baharu.
HOPE DAY berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 14 Oktober sehingga 16 Oktober 2015. Banyak pameran yang kami sediakan untuk dipaparkan kepada semua yang meminati kelab ini dan tidak secara langsung mereka dapat mengetahui serba sedikit tentang Kelab Multimedia ini. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya serta dapat kesan yang positif daripada pelajar baharu yang mendaftar. Program ini menjadi lebih meriah apabila penasihat kelab, En. Mohd Fitri bin Yusoff turut membantu kami dalam menyediakan persiapan program ini.

Post a Comment